About Us
Persatuan Sukan Mendaki Kedah atau singkatannya HACCK secara rasminya ditubuh dan didaftarkan pada 31 Disember 2018 (No. Pertubuhan: PPM-XXX-02-31122018).


Objektif Persatuan antaranya seperti berikut:
-
untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan mendaki dan rekreasi di kalangan ahli-ahli;
-
untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan mendaki dan rekreasi di peringkat persatuan;
-
Mahukan pengurusan ahli-ahli sukan mendaki dan rekreasi berjalan dengan lancar agar kebajikan mereka terjamin
-
Mengadakan pertandingan mendaki dan rekreasi untuk menarik lebih ramai ahli dalam bidang sukan mendaki dan rekreasi
-
Mengadakan aktiviti (bukan pertandingan) mendaki dan rekreasi untuk menarik lebih ramai ahli dalam bidang sukan mendaki dan rekreasi
-
Menganjurkan kelas/ latihan mendaki dan rekreasi kepada ahli ahli dan juga bukan ahli
-
Menganjurkan seminar, klinik, festival, ekspo atau karnival peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa
-
Menganjurkan aktiviti rekreasi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
-
Bekerjasama dengan pelbagai agensi peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa
Fungsi Persatuan antaranya seperti berikut:
-
bertindak sebagai badan yang menganjurkan, mengendali, mempromosi dan mengurus sukan mendaki dan rekreasi
-
mewujudkan dan memberi kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan mendaki dan rekreasi di kalangan ahli-ahli;
-
Menganjur dan mengendali kursus dan latihan di kalangan ahli-ahli;
-
menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi sukan mendaki diperingkat daerah/ negeri. Bagi penganjuran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa persatuan hendaklah mendapat kelulusan daripada badan pengelola / perwakilan.
-
Mendapatkan hak dari pihak berkuasa kerajaan negeri terhadap sesuatu kawasan atau tempat baru yang diterokai untuk diuruskan bagi tujuan rekreasi



